Tidak dinafikan idea emas Nick Woodman dalam mencipta kamera aksi mampu milik telah menjadikannya jutawan dalam sekelip mata. Setelah sekian lama GoPro memegang takhta sebagai raja kamera aksi, semakin ramai pencabar yang hadir dalam gelanggang untuk merebut mahkota tersebut. HDR-AS30V (Sony), VIRB⢠Elite (Garmin) dan CONTOUR+2 (Contour) adalah nama-nama besar yang hadir dengan kamera aksi beserta fungsi-fungsi seperti GPS, sensor biometrik, dan NFC khas untuk memancing geekers diluar sana.
Walau bagaimanapun terdapat satu petanding yang ingin diketengahkan dalam post ini iaitu ADDIXXION GC-XA2 daripada JVC kerana saya berjaya meluangkan beberapa ketika bersama model ini. Model lain tidak kurang hebatnya, jika sesiapa bermurah hati nak pinjamkan set untuk direview, nyiru tapak tangan ditadahkan.
Selepas penyelang ini, pembaca akan dihidangkan dengan sebuah jadual perbandingan antara ADDIXXION GC-XA2 dengan model GoPro paling premium, HERO3+ Black Edition.
Sepanjang penggunaan, apa yang mungkin boleh disimpulkan adalah terdapat pro dan kontra diantara kedua-dua kamera aksi ini. Pesaing sebelah kanan dilengkapi berbagai-bagai senjata manakala raja kamera aksi hanya menumpukan kepada kualiti gambar. Hal ini akan mempengaruhi kumpulan pengguna berpotensi. Sebagai contoh, kita mungkin boleh meramal golongan yang kurang arif atau tidak kisah tentang hal-hal video dan mementingan kemudahan semasa mengendali akan lebih tertumpu kepada GC-XA2 manakala golongan videografer akan lebih terarah kepada GoPro.
Perkara yang mungkin menyerlah pada GC-XA2:
- Skrin LCD seluas 1.5 inci dengan paparan warna 115k sebagai viewfinder dan skrin main semula dengan pembesar suara tersedia.
- Kuad tahan (air, hentakkan, habuk, sejuk)
- Dua lubang tripod standard
- Fungsi memuat naik kedalam Youtube
- Fungsi stream melalui Ustream
JADUAL BANDING BEZA
JVC ADDIXXION GC-XA2 | GoPro HERO3+ Black Edition | |
---|---|---|
8M Back-Illuminated CMOS f 2.4, FOV 160 Digital zoom 5x Digital Image Stabilizer (EIS + Gyro) White balance (auto/manual) Exposure (auto/manual) Video Effects Rolling shutter cancellation | CAMERA | 12.4M Back-Illuminated CMOS f. 2.8, FOV 170 White balance (Auto, 3000K, 5500K, 6500K, Cam Raw) |
1080p60, 30 960p30 720p120, 60, 30 480p30 | VIDEO RECORDING (xp[fps]) | 4Kp15, 12.5, 12 2.7Kp30, 25, 24 1440p48, 30, 25, 24 1080p60, 50, 48, 30, 25, 24 960p100, 48 720p120, 100, 60, 50 480p240 |
16M, 8M | STILL PHOTO (M) | 12M, 7M, 5M |
Video: 0.2, 1, 5, 10, 30, 60 sec. Photo: 2, 5, 10, 30, 60 sec. | TIME-LAPSE (sec) | 0.5, 1, 2, 5, 10, 30, 60 |
5/1, 10/1, 15/1, 15/2, 15/3 | BURST (photos/sec) | 3/1, 5/1, 10/1, 10/2, 30/1, 30/2, 30/3 |
5 | SIMULTANEOUS VIDEO+PHOTO (sec) | 5, 10, 30, 60 , Manual |
2 Standard tripod holes HDMI mini USB mini SD Card 3.5mm Stereo Mic Adapter 1.5" LCD 115k color Wi-Fi Wi-Fi streaming to USTREAM Wi-Fi upload to YouTube Waterproof: 5m/16.4ft, IEC Standard publication 529 IPX8 Shockproof: 2m/6.5ft, MIL-STD 810F Method 516.5-Shock Dustproof: IEC Standard publication 529 IP6X Freezeproof: -10°C/14°F | OTHER FEATURE | Micro-HDMI USB, Micro SD HERO Port 3.5mm Stereo Mic Adapter Wi-Fi Remote Control 60m waterproof (dive housing) Continuous Photo Mode |